BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

Tuesday, February 17, 2009

bergelap??? pasang LILIN je?? Sanggupkah ANDA??? walaupun SEjaM !!!

WWF pelawa bergelap sejam 28 Mac!!!!

KUALA LUMPUR - Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia mempelawa orang ramai di seluruh negara mengambil bahagian untuk bersama-sama bergelap selama sejam pada 28 Mac ini bermula 8.30 malam sempena program Earth Hour 2009.

Ia bertujuan memberi sokongan untuk melawan perubahan iklim yang memberi kesan buruk terhadap hutan, sumber air, kesihatan, pertanian, biodiversiti dan sumber pantai.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Dionysius S.K. Sharma berkata, komitmen negara dalam menjadi sebahagian daripada program Earth Hour 2009 peringkat Malaysia itu berupaya mengurangkan impak global yang berupaya menyelamatkan sumber air dan iklim untuk generasi akan datang.

"Saya bangga kerana Malaysia bersetuju untuk turut serta dalam program ini dan pada masa yang sama, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang merupakan antara 377 bandar di 74 negara yang akan menyertai program ini,'' katanya ketika ditemui selepas melancarkan program itu di sini semalam.

Menurut beliau, sambutan Earth Hour bermula pada 2007 di Sydney, Australia apabila dua juta penduduk memberi sokongan terhadap program itu dengan bergelap dan hanya menyalakan lilin....

-->>sumber kosmo

-----------------------------------------------
aku akan try bersama2 smbt acara ni..
tp kene beli lilin la... LOL..

*p/s.. sediakan lilin sebelum blackout...huhuhu

0 comments: