BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

Thursday, April 30, 2009

McDonald's hilang monopoli penggunaan 'Mc'..

agak dh lame aku xwat post2 yg berkaitan law...
so, arini dpt artikel yg menarik n ade kaitan n law dlm branding n labeling ni...




PUTRAJAYA - Rangkaian restoran makanan segera McDonald's semalam hilang hak eksklusif terhadap penggunaan awalan 'Mc' apabila Mahkamah Rayuan di sini membenarkan sebuah cawangan rangkaian restoran India tempatan, McCurry Restaurant, menggunakan 'Mc' pada papan tanda perniagaannya.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Gopal Sri Ram (kini Hakim Mahkamah Persekutuan), yang bersidang bersama Hakim Datuk Heliliah Mohd. Yusof dan Hakim Datuk Sulong Matjeraie memutuskan bahawa tiada bukti menunjukkan bahawa McCurry Restaurant di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur cuba mendakwa bahawa perniagaan McDonald's adalah kepunyaannya.

"Dengan hormat, hakim yang arif telah terkhilaf apabila membuat andaian bahawa McDonald's memegang monopoli terhadap penggunaan awalan 'Mc' pada papan tanda atau dalam menjalankan perniagaan.

"Dalam penghakiman saya, anggapan kukuh yang boleh diambil daripada keseluruhan bukti adalah papan tanda McCurry's Restaurant tidak akan menyebabkan seseorang yang berfikiran munasabah mengaitkan McCurry dengan tanda perniagaan McDonald's.

0 comments: