BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

Sunday, July 26, 2009

Selangor Juara Liga Super buat kali yg Pertama~




GELARAN gergasi bola sepak negara menjadi milik Selangor.
Mereka tampil dengan kelas tersendiri untuk bergelar juara Liga Super 2009.

Walaupun sudah mengesahkannya selepas perlawanan menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selasa lalu, tetapi Selangor tetap garang untuk menutup saingan musim 2009 dengan kejayaan cemerlang.

Mereka membelasah Pahang 5-1 pada aksi terakhir di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan Selangor mengumpul 63 mata hasil daripada 20 kemenangan, seri tiga kali dan tewas tiga kali sepanjang musim ini.

Sejurus selepas tamat perlawanan, skuad Selangor menerima trofi kejuaraan yang disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kekalahan Pahang pula menyaksikan skuad bimbingan Dollah Salleh itu tersingkir ke Liga Perdana musim depan bersama-sama PDRM.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah, Pahang tersingkir ke liga divisyen dua.

3 comments:

azman said...

aritu menang lawan team Indon, Bambang skor dua..

bila plak nak buat petandingan lawan team dr Thailand?

Fee Da' Great said...

hehhe.. manthoppp~

Max J. Potter said...

thanks for following my blog. sorry been a while since i was last here.

btw, you're invited!

http://scribblemaxness.blogspot.com/